Wednesday 23 November 2016

2.9 Bagaimana Menjadi Seorang Jurutera Profesional 2.0

Artikel ini untuk menyokong dan melengkapkan lagi 'Bagaimana Menjadi Seorang Jurutera Profesional' dari segi permohonan kepada badan kawal selia iaitu Board of Engineer Malaysia (BEM).

Bagi memudahkan pemahanan terhadap artikel kali ini, tuan/puan perlu merujuk kepada artikel saya sebelum ini iaitu 2.6 Bagaimana Menjadi Seorang Jurutera Profesional.

Sambungan daripada Langkah Keempat...

Melalui Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Pindaan 2015), secara ringkasnya Jurutera Profesional kini telah mempunyai dua peringkat iaitu:-

1. Jurutera Profesional - 1st tier
2. Jurutera Profesional dengan Sijil Amalan (Practising Certificate) - 2nd tier

FAQ

Soalan:  Apa beza proses mendapatkan 1st tier dan 2nd tier?
Jawapan: Proses untuk mendapatkan 1st tier tetap sama. Proses untuk mendapatkan 2nd tier adalah perlu mendapatkan 1st tier dahulu dan perlu melalui satu lagi ujian yang dinamakan Professional Competency Examination (PCE).

Soalan:  Yang mana perlu saya dapatkan?1st tier atau 2nd tier?
Jawapan: Kita hanya perlu mendapatkan 1st tier sahaja untuk bergelar Jurutera Profesional. 2nd tier adalah untuk Jurutera Profesional yang ingin mengamalkan Perniagaan dan Perkhidmatan Perundingan Kejuruteraan Profesional

Perbezaan Seal berdaftar 2nd tier dan 1st tier. No pendaftaran juga akan mengalami perubahan.

Seterusnya, sedikit ulang kaji untuk Langkah KeempatTerdapat ada 3 cara untuk bergelar Jurutera Profesional:-
Cara 1: Melalui Professional Assessment Exam oleh BEM
Cara 2: Melalui Corporate Member oleh IEM
Cara 3: Melalui badan kawal selia Jurutera Profesional luar negara (Overseas Regularly Body)

Perbezaan antara Cara 1, Cara 2 dan Cara 3

Bagi yang ingin mendapatkan sehingga 2nd tier, selamat maju jaya diucapkan. Saya kongsikan contoh surat kelulusan permohonan 2nd tier sebagai pembakar semangat. Apa tunggu lagi...



Untuk artikel seterusnya, mungkin kita boleh melihat perkembangan terkini terhadap pendaftaran Teknologi Kejuruteraan (Engineering Technology) di bawah badan kawal selia BEM.






15 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. pertanyaan:-

    1- adakah seseorg ingin berdaftar harus dr graduan institusi tertentu shj, pernah dengar sesentengah U , keluaran ijazah dr U ini tak boleh register BEM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Hanya Universiti yg mendpt akreditasi sahaja,graduan dpt berdaftar dgn BEM. Contoh Universiti seperti Universiti Selangor. Itu pun berdasar program yg diambil.

      Delete
  3. Pertanyaan.

    Sekarang graduate dalam Engineering Technologies boleh register dgn BEM. Dulu xboleh.
    1. Adakah graduate dlm eng. tech. ni boleh ambil exam and upgrade ke PE.
    2. Sekiranya boleh, bagaimana?

    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya graduan telah habis belajar sebelum Universiti mendapat akreditasi,kemungkinan agak susah untuk mendaftar. Mungkin kena sambung master dalam bidang berkaitan

      Delete
  4. salam tuan
    ada tk guide utk report teknikal...
    tuan dalam bidang apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.
      panduan secara terperinci tidak disediakan kerana Laporan Teknikal dalam bidang kejuruteraan ini sangat luas. Ia merangkumi Kerja Reka Bentuk, atau Kajian Kemungkinan, atau Kerja Penyelidikan dan Pembangunan (oleh Calon Penyelidikan), atau Kerja Operasi dan Penyelenggaraan (oleh Calon Operasi dan Penyelenggaraan).
      Oleh itu, gunakan kelonggaran ini dalam menyediakan laporan teknikal berdasarkan bidang masing-masing.

      tips:
      1. Laporan teknikal di tempat kerja boleh digunapakai sebagai panduan
      2. Sekiranya laporan tidak lengkap, pihak panel temuduga akan memberi komen maklumbalas mengenai apa yang perlu diperbaiki.

      Saya dalam bidang mekanikal.

      Delete
    2. Sebagai contoh:
      1. Muka hadapan
      2. Isi kandungan
      3. Pengenalan
      4. Rekabentuk
      5. Pengiraan
      6. Lukisan
      7. Kesimpulan

      Delete
  5. Assalamualaikum tuan

    saya telah menjadi Corporate Member IEM dan sekarang sedang menunggu surat menjadi PE dari BEM. Untuk 2nd tier, berapa lama jarak masa baru boleh menduduki peperiksaan / ujian 2nd tier? dimanakah sumber contoh soalan-soalan yang boleh saya buat rujukan?

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.
      TAHNIAHHHH....
      Untuk 2nd tier, puan perlu menduduki Peperiksaan Kompetensi Profesional (PCE) yang dijalankan oleh BEM. Sepengetahuan saya, tiada tempoh tertentu yang ditetapkan. Syaratnya adalah telah menjadi Jurutera Profesional yang berdaftar dengan BEM. Puan hanya perlu ke laman sesawang BEM dan muat turun borang pendaftaran Jurutera Profesional dengan Sijil Amalan (Borang A5) dan hantar ke BEM dengan bayaran RM 250 untuk proses selanjutnya.
      Sumber contoh soalan sebagai rujukan masih tiada.

      Delete
  6. assalamualaikom.. sy baru sahaja selesai interview PE di IEM... inshallah masa proses tersebut keputusan adalah positif, berapa tempoh selalunya akan dpt keputusan dr IEM dan berapa tempoh dpt.surat dr BEM.. harap maklum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sepatutnya sebulan untuk proses.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.kalau baru lepas graduate .Graduan perlu berdaftar dengan bem atau IEM

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,
    pertanyaan;
    saya sudah daftar BEM (GE), perlu ke saya daftar IEM juga. ada process apa2 yang perlu saya buat, sepanjang 3tahun untuk saya cari pengalaman kerja tu. thanks in advance.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...